menghadapi pekerja tidak berdisiplin
Ada isu lain dari pekerja yg tidak setia, atau lebih tepat kurang setia, iaitu bos yg tidak setia. Bos yg ambil kesempatan samada untuk jadi kaya atau untuk naik pangkat. Atau bos tidak terlatih untuk memimpin. Apa saja keadaan di atas, mangsanya adalah orang bawah, dan alasannya...kesetiaan. Apabila perlu VSS atau nak kurangkan pekerja, orang bawah dan yang baru diberi keutamaan. Orang atasan dan yang rapat dengan bos terus bekerja. Ini adalah salah satu sikap prejudis yang memberi kesan menyebabkan kesetiaan pekerja menurun. Kajian telah dibuat di Amerika tentang mereka yang tidak setia dan mereka yang berisiko keselamatan. Siapa yang lebih bahaya? Syarikat perlu kenalpasti pekerja yang berisiko mencuri, menjual maklumat, berkongsi maklumat, dan yang terima rasuah. Mereka ini lebih tidak setia dari mereka yang digelar sebagai kurang setia. Pekerja berisiko terdiri dari semua peringkat. Di sebalik itu, apakah punca biasa pekerja menjadi kurang setia? It’...