wawasan syarikat
VISION MISSION OBJEKTIF! Satu haram kami tak tahu, Satu haram pun kami tak kisah. Kami pun tak faham apa dia tu. Janji setiap bulan dapat gaji. Bos bos pun kejap macam ni kejap macam tu. Yang mana satu yang betul, kami pun tak tahu. Tak ada wawasan pun kami kerja macam biasa jugak! Anda pernah masuk ke kompleks pejabat Tan Sri Syed Mohktar Al Bukhary? Biar saya cerita sikit. [1] Bersih dan kemas [2] Papan tanda macam tidak ada langsung. Pejabat apa, pejabat siapa....semua tiada papan tanda [3] Bacaan Al Quran berkumandang sepanjang masa. [4] Semua kawasan terbuka, tidak ada bilek pejabat bos atau bukan bos. Maknanya apa? Syarikat ini telah memperkenal SATU BUDAYA, satu environmen yang tersendiri. Ini adalah budaya yang nyata, yang boleh dilihat secara fizikal. Mereka ada budaya kerja, budaya bersosial, budaya Islamik yang tersendiri. Inilah yang perlu difahami dan ditanam serta diamalkan oleh semua pengurus terlebih dahulu. ...