Anggota RAMD TIGA DALAM SATU
Dalam sachet tu ada kopi, gula, susu. Tiga Dalam Satu. Dalam jiwa anggota RAMD tu ada iman, ada ilmu dan kemahiran, dan ada akhlak (pendidekan)
3 IN 1 DALAM PEMBANGUNAN ANGGOTA: IMAN, ILMU & AKHLAK
Hari ini, pasukan infantri berdepan cabaran human capital yang semakin kompleks — bukan lagi hanya berkisar kepada latihan, disiplin atau kesiapsiagaan, tetapi menyentuh dimensi pembangunan insan yang menentukan ketahanan anggota ketika berkhidmat dan keutuhan mereka apabila menjadi veteran kelak. Dalam konteks inilah, pendekatan “3 dalam 1” — iman, ilmu dan akhlak — wajar diberi perhatian sebagai asas pembentukan anggota masa kini.
Iman adalah benteng dalaman paling kukuh dan berkesan. Melalui pendekatan yang sesuai dengan membaiki keadaan masa kini, mungkin akan beri kesan yang di hajati. Tanpa di sedari, bagi setiap pergerakan atau aktiviti ketenteraan, ia dimulai dan ditutup dengan doa. Malas Jumaat di wajibkan hadhir majlis bacaan ya'asin. Hanya veteran tertentu sahaja yang ingat aktiviti ini hingga melihat ia sebagai satu kekuatan. Dulu, ada seorang Panglima Briged yang menetapkan pegawai staf briged, mengikut giliran, membaca doa sebelum mesyuarat bermula. Mungkin pada hari ini sudah ada P5 yang mahu pegawai mengimamkan solat berjemaah di kawasan operasi. Hakikatnya ramai orang tahu pada masa depan, mereka akan disoal tentang kepimpinan mereka. Fitrahnya, jika anggota melakukan kesalahan yang mendzalimi diri sendiri, kesannya boleh merosakkan maruah, keluarga dan kerjaya mereka. Membudayakan cara hidup yang Islamik, dengan mengajar, berlembut, berbudi-bicara dan akhirnya tegas akan beri kesan jangka panjang yang amat positif kepada semua pihak.
Ilmu yang dimaksudkan melangkaui aspek akademik; ia merangkumi kemahiran yang boleh dipasarkan. Kemahiran komputer kini menjadi keperluan asas, sama seperti kemampuan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Kerajaan telah lama menyediakan kemudahan pinjaman membeli komputer, manakala banyak istilah ketenteraan masih mengekalkan bahasa Inggeris sebagai rujukan tradisi. TLDM merupakan contoh terbaik — mereka telah lama membudayakan penggunaan komputer dan komunikasi dwibahasa di kalangan anggotanya. Langkah-langkah kecil seperti ini membuka jalan besar kepada profesionalisme dan meningkatkan kebolehpasaran anggota infantri selepas persaraan.
Akhirnya, akhlak ialah pendidikan jiwa — satu nilai teras yang tidak dimiliki oleh semua organisasi, tetapi menjadi kekuatan unik Askar Melayu. Nilai Taat Setia yang dihayati dalam batalion dapat diterjemahkan sebagai soft skills atau personaliti yang amat tinggi nilainya di dunia awam: amanah, beradab, kesabaran, integriti, disiplin, kerjasama, ketepatan masa, kebersihan, pematuhan SOP, serta keikhlasan dalam bekerja. Budaya ini lebih kukuh diamalkan dalam sesebuah batalion berbanding banyak organisasi awam, dan inilah kelebihan kompetitif yang boleh ditonjolkan oleh Veteran Infantri.
Pendekatan “3 dalam 1” tidak mengubah dasar, tidak menambah beban, dan tidak mengganggu operasi. Sebaliknya, ia langkah halus yang memperkukuh apa yang memang sudah wujud dalam pasukan — sambil menambah dua elemen praktikal: kemahiran komputer dan tahap asas komunikasi dalam Bahasa Inggeris. Dengan sentuhan ini, anggota infantri bukan sahaja lebih seimbang semasa berkhidmat, malah menjadi veteran yang professional, dihormati, dan sangat dicari oleh majikan di luar.
Ketiga-tiga aspek ini boleh di budayakan secara perlahan dan dijadikan nilai seperti terminolgi yang biasa digunakan pada hari ini, iaitu normalisasi. Normalisasi positif. Jika di kaji, banyak sudah nilai dan budaya di Rejimen Askar Melayu DiRaja yang berubah sehaluan budaya awam, namun, nilai dan budaya tentera lebih bersifat Islamik sebenar. Memperkukuhkannya mungkin satu ibadah yang di berkati Allah SWT.
Tanpa Prejudis.