Bicara IMAN
Iman Melalui Spiritual Conditioning – Kekuatan Halus dalam Pembentukan Anggota Infantri
Dalam pembangunan modal insan tentera, tumpuan selalunya diberi kepada kekuatan fizikal, operational readiness, dan disiplin harian. Namun terdapat satu komponen yang lebih halus tetapi sangat berpengaruh dalam membentuk perwatakan anggota infantri, iaitu iman yang terbina melalui budaya dan pembiasaan, atau dalam istilah akademik boleh disebut sebagai spiritual conditioning.
Konsep ini sejajar dengan teori akhlak Islam klasik yang memperkenalkan istilah malakah — iaitu satu sifat baik yang terbentuk secara beransur-ansur melalui latihan yang berulang (habitual practice) sehingga menjadi internalised character. Dalam konteks psikologi moden, ia hampir kepada proses behavioural conditioning atau habit formation, namun dengan dimensi rohani yang lebih mendalam. Dengan kata lain, ia bukan sahaja “muscle memory”, tetapi “heart memory” — ingatan spiritual yang terbentuk tanpa paksaan keras.
Pendekatan ini amat serasi dengan struktur kehidupan askar Melayu yang berasaskan disiplin, rutin, dan nilai Taat Setia. Melalui aktiviti seperti solat berjemaah, peer reminders, teguran beradab (respectful correction), dan pendedahan kepada mesej moral melalui media dalaman, iman tidak diserap melalui ceramah semata-mata, tetapi melalui environmental reinforcement. Suasana sekeliling menjadi “guru senyap” yang perlahan-lahan membentuk integriti dalaman anggota. Proses ini tidak datang secara dramatik; ia berlaku melalui subtle repetition — pengulangan yang lembut tetapi konsisten.
Apabila spiritual conditioning ini berjalan, ia menghasilkan self-regulation, iaitu kawalan diri yang stabil daripada dalam. Anggota lebih cenderung menjauhi tingkah laku berisiko kerana sudah terbiasa dengan nilai yang baik, selain sedar implikasi tindakan mereka terhadap keluarga, maruah peribadi, dan nama Rejimen. Yang lebih penting, ia tidak memerlukan reformasi besar atau top-down restructuring. Ia hanya memerlukan pemerkasaan budaya positif yang sudah pun wujud dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja.
Kesannya besar: anggota menjadi stabil bukan kerana dipaksa, tetapi kerana nilai itu telah internalised. Mereka bukan sahaja kuat di medan operasi, tetapi juga kuat di medan kehidupan — menjadikan mereka veteran yang matang, berakhlak, dan dihormati. Di sinilah letaknya kekuatan sebenar imej askar Melayu: gabungan tradisi, disiplin, dan spiritual conditioning yang membentuk karakter dari dalam ke luar.
Matlamat. Solat membantu seseorang meninggalkan perkara yang munkar. Alasan padu: jika solat tak tinggal tetapi buka mulut ja bohong bermakna solatnya tidak di terima kerana tidak kusyuk, atau solatnya terbatal kerana berbagai sebab. Begitu lah juga dengan iman. Makanya ini (iman) bukan hangat taik ayam! Mahu buat... buat betul-betul.
Sebagai memperkukuh keberkesanan pendekatan ini, apa jua cadangan atau pelaksanaan berkaitan spiritual conditioning, pembiasaan nilai, dan budaya akhlak hendaklah disampaikan secara jelas dalam proses serah terima tugas (handing-over process) antara Commanding Officers (CO). Dokumentasi nilai, rutin rohani, inisiatif moral, dan pendekatan kepimpinan yang terbukti berkesan perlu dipindahkan secara sistematik agar ia tidak terhenti apabila berlaku pertukaran tampuk pemerintahan. Keberterusan (istiqamah) ialah kunci utama; nilai hanya dapat bertapak jika dilaksanakan secara konsisten merentasi masa, bukan sekadar satu inisiatif individu. Dengan memastikan kesinambungan ini, Rejimen akan terus membina kekuatan dalaman anggota tanpa mengubah tradisi, tanpa gangguan operasi dan tanpa kehilangan identiti asalnya sebagai benteng warisan askar Melayu yang unggul.
RENUNGAN
Berdasarkan pemerhatian.....kata orang lama. "Itu tak boleh, ini tak boleh, lama-lama anggota jadi gila". Zaman dulu judi seperti TOMBOLA dilaksanakan oleh pasukan anjuran TKR, masa itu juga beer di benarkan. Tetapi selepas semua itu 'diharamkan', dan pengurusan 'terlupa' memikirkan pengisian atau alternatif.... anggota jadi 'liar' dan keluar berfoya hampir setiap malam, khususnya selepas gaji.
Maka paksaan solat berjemaah dan lain-lain yang sewaktu dengannya, hendaklah dirancang dan dilaksana dengan bijak agar hilang rasa dipaksa atau dikongkong. Seharusnya, semua aktiviti perlu capai titik kesederhanaan bagi mengelakan rasa tekanan atau stress.
الله أعلم
(Allahu a'lam)
Allah Maha Mengetahui