ILMU SEBELUM BERSARA
Ilmu atau pengetahuan pertama ialah: anggota tentera tidak bersara, hakikat sebenar ialah mereka tukar kerjaya dari ketenteraan kepada kerjaya awam. itu sebab tuan perlu ilmu. Ilmu membezakan cara kita berfikir dan bertindak. Orang awam wajib bersara pd umur 60. Tentera sekitar 40. Maknanya tuan perlu kerja, perlu cari duit hingga hutang kereta dan rumah selesai. Tuan tahu tak dlm tempuh tersebut, anak-anak akan masuk universiti dan tuan perlu ada duit yg cukup. Ilmu yang dimaksudkan dalam konteks persediaan persaraan bukan sekadar sijil akademik atau pangkat yang pernah disandang. Ia ialah ilmu yang boleh mengubah taraf hidup , yang menjadikan seseorang anggota infantri lebih bernilai di mata majikan dan masyarakat selepas menanggalkan uniform. Dalam dunia hari ini, kemahiran komputer bukan lagi opsyen, tetapi keperluan asas—sama seperti membaca peta, melapor kedudukan, atau menghafal SOP ketika bertugas. Komputer ialah “senjata baharu” dalam kehidupan awam. Begitu juga dengan B...