kursus ternak lebah

Alhamdulillah, akhirnya dijemput untuk hadir kursus di  Pt Botak Pontian. saya memang dah 50 series, tapi tidak pernah rasa teruja begini untuk ilmu ternak lebah.

Dah dekat setahun mencari dan memohon merata tempat nak belajar ternak lebah. 

Kalau dimakbulkan Allah, insyaAllah dalam masa terdekat saya akan jadi usahawan madu lebah original di Lembah Kelang. Mai tenguk sendiri, ambil sendiri. Tahukah tuan, 75% madu dlm pasaran adalah tiruan!

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibikin manusia." [QS. An-Nahl : 68

Ternak lebah perlukan perhatian yg lebih dari ternak kelulut. Madunya lebih kurang sama. Tapi hasilnya berganda dari kelulut.


AMARAN!


Blog ini panjang dan membosankan bagi yang tidak minat tentang ternakan lebah. Apa apa pun, bacalah sikit-sikit macam kita baca Al Quran.




Lebah beberapa kali disebut oleh Allah seperti yg tercatit dalam kitab quran. Ia amat patuh kepada waktu solat. Baca ayat-ayat quran hampir dengan dia, dan dia akan 'cool'. Madu seperti bahan-bahan lain mempunyai banyak kebaikan, tetapi sebab dia mahal dan kita pun sekejap makan sekejap tidak,.. tak adalah kesan positifnya.


"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." [QS. An-Nahl : 69]


Kursus bermula pada 28 Nov hingga 30 Nov 2016. Bayarannya 450 rgt termasuk penginapan dan makan.  Saya doakan mereka yg terlibat diberkati Allah kerana jika dibanding dgn kawan-kawan lain, sampai 900 rgt untuk satu hari. Isunya, apa yg kita boleh belajar dlm sehari.

InsyaAllah, lepas kursus nanti saya akan share ilmu..

Sambil tu, saya sudah mula membaca dan mencari-cari ilmu ternak lebah sebelum hadir kursus. Terjumpa pak sutrisno di Medan yg ternak lebah. Sudah saya hubungi beliau untuk melawat. Beres pak, katanya. Sedih sebab kat Malaysia, dah tak larat saya hubungi...kejap beres, kejap tidak beres.

Saya suka juga tenguk Kampong Boy dalam you tube yang bercerita pasal lebah. Cuma yg mat salleh ni, mereka lebih teliti dan byk ilmu yg depa share.


sementara itu, klik sini untuk info info berkaitan..

ilmu tambahan ternak lebah
Asas pemeriksaan hive
teknik terkini ternak lebah


OK, dah selesai hadir kursus. Sangat puas hati. Tenaga pengajar En Zakbah, En Senin dan En Rosli memang berpegetahuan, berpegalaman, mahir dan tidak kedekut ilmu. Termasuk kongsi slide powerpoint. Staf di Pusat Apiari Nasional Parit Botak semuanya mesra pelanggan. Tahniah dan terima kasih. Semoga Allah swt berkati Tuan Puan semua. Saya hadir kursus dari 28 hingga 28 Nov 2016 bersama kawan kawan yang kelakar. Melayu dan Cina, tua dan muda. Semuanya best.


Di Msia ada 2 jenis lebah yang dipelihara Apis Mellifera dan Apis Corona. Iaitu jenis yang dibawa dari Aust, jenis yang jinak sikit dan besar sikit dan yang senang kena sakit; dan yang jenis tempatan. Iaitu garang sikit, kecil sikit, gelap sikit dan susah nak dapat penyakit.

Jadi...kalau boleh jangan campur, sebab jenis kg kena kutu tak sakit, tapi akan berjangkit kpd jenis Australia.


Image result for healthy bee frame
Mengenali kasta lebah


Nak mula ternak, cuba dulu 3 hive dengan maksima 3 frame setiap satu hive. Bila dah lulus, baru boleh dipanggil sebagai BEE KEEPER. Dah lulus maknanya 3 hive sudah jadi 6 hive.

Persiapan. Bersihkan kawasan, siap tapak. Tanam beberapa pokok bunga dan buah-buahan yag sesuai. Lebih baik jika tapak yang kita pileh sudah ada banyak makanan semula jadi. Ia itu kawasan pokok akasia mangium, pokok gelam, kebun kelapa, nenas, dan belimbing. 
Image result for bee pollen
Bawak balik polen [debunga] untuk disimpan dan dimakan

Lebah makan 2 benda utama. Madu dan debunga [protin] Dia tak makan nektar. Dia bawa nektar ke sarang dan memproses nektar menjadi madu, dan simpan dalam cell untuk dimakan. Pada musim hujan, bunga tidak ada, dan dia tidak ada makanan kecuali yg dia sudah simpan. Pada waktu ini juga, kita kena bagi dia makan benda-benda lain yang sesuai.


Image result for sick bees
Makanan tambahan - pollen, tepung soya dan gula

Image result for food for bees

Lebah perlu perhatian lebih dari kelulut. Maknanya kerja kena kerja lebih sikit. Itu sebab orang Melayu sesuai bela kelulut. Tak banyak kerja, tapi harga madu kelulut lebih mahal.

Saya nak bela lebah sebab madu yang dikeluarkan lebih banyak. Kalau rajin boleh jual lilin, pollen, propolis dan royal jelly. Kalau rajin lagi, boleh jual koloni.

Saya berdoa diberi kekuatan dan kecekalan untuk jadi BEEKEPER yang berjaya. Yg berguna kepada lebah dan manusia dan Jab Pertanian yang berdekatan.

Semasa kursus, kami diberi latihan praktikal dan demonstrasi. Tidak banyak tetapi memadai untuk kursus asas. 

Bila sudah siap segala persiapan baru kita masuk fasa memasukkan koloni ke hive di kebun kita. Order semua koloni dari Parit Botak. Mereka akan uruskan, tapi kita kena pergi ambil. Pergerakannya mesti dibuat pada waktu malam selepas semua lebah sudah masuk ke sarang [hive].

Macam mana nak pileh koloni dan memeriksa setiap frame....semua sudah diajar. Sebab apa? Sebab kita tidak mahu koloni yang kurang sihat dan yang bermasalah. Sekali tenguk kita boleh tahu queen tak sihat, queen sudah tidak produktif, queen kecik, queen tidak bertelur dll. Telur tak banyak, madu tak banyak, makanan tak banyak DAN mungkin ada kutu dan penyakit lain.


Related image
Frame sihat yang penuh dengan madu tertutup dan yang masih belum penuh
Frame ini biasanya dicapai dalam super hive atau hive bertingkat. Kenapa? Sebab queen terhalang untuk naik ke atas dan lebah bekerja hanya simpan madu di frame atas. Lebah simpan madu macam kita simpan beras lah. Bila nak makan, ambil beras dan masak.

Hive perlu cuaca lebih kurang 35 darjah celcius di dalamnya. Kalau ada 3 frame kena letak dinding pengadang. Ada juga yg letak plastik macam atas sarang kelulut.

Bila sudah pindah, kita perlu jaga [maintenance] dengan teliti. Kena sensitif dengan penyakit, perosak dan musuh-musuhnya. Kalau ada penyakit ambil tindakan segera. Kalau membiak laju tambah frame. Kalau laju lagi kena split colony atau kena buat dua tingkat [super-hive].

[Klik Sini]  Asas pemeriksaan hive

Hive kena diperiksa selalu. Ada 2 [dua] perkara yang hendak diperiksa. Luar dan dalam. Di luar tu, bunga cukup, burung perosak dikawal, tebuan dikawal, semut dikawal, rumput dan kebersihan pun kena kawal.

Buat selalu, jangan buat seminggu sekali sebab nanti banyak sangat yang nak dibuat dan terus jadi malas nak buat. Rumput kalau boleh jangan diracun sebab lebah sensitif dengan racun. Setiap serangga dan tumbuhan merupakan sebahagian dari rantaian makanan dan kehidupan. kalau putus satu rantai, semua akan terjejas.

Kalau banyak burung, pasang pukat. Dapat burung buat lauk. Bila tanam bunga, binatang lain pun akan datang. Paling best kelulut. Masa depan boleh bela kelulut pulak.

Pemeriksaan bahagian dalam hive perlukan pemerhatian yang teliti. Nak perhatikan kesihatan dan penyakit/perosak. Kalau sihat sangat, kita mungkin nak pecah koloni atau nak jadikan superhive.

[Klik sini]  BAB letak Queen baru

Ada dua sebab mengapa nak letak queen baru. Pertama sebab yg sedia ada sudah tua atau tidak sehat. Kedua sebab kita buat koloni baru atau 'pecah koloni'.

Ambil queen baru dalam kurungan, dan letak berhampiran koloni. Letak hingga 30 minit untuk salam perkenalan. Jika okay, lebah yang datang tu boleh ditolak-tolak. Jika garang dan mencengkam lantai, maknanya dia marah. Tunggu dia okay dan mesra, baru boleh lepas queen.

Apa-apa pun jangan ambil queen dari koloni sendiri, sebab ini tidak elok. Cuba lah buat cross marriage. Call Pt Botak jika tidak cari dari sumber lain. Idak pun bodek-bodek  dari kawan yang boleh bagi free.

Makanan Lebah
Lebah tak makan nasi. he he he. Dia makan gula [karbo-hidrat] dan protin. Dia jugak minum air. Gula tu madu bunga, madu daun dan manisan pada buah. Protin tu ialah debunga [pollen]. Madu bunga dia sedut, simpan dalam perut khas dan bawak balik. Sambil terbang balik, gula itu diproses dlm perut lebah dan jika proses itu belum sampai peringkat tertentu, ia diserah kepada lebah lain, dan seterusnya. Siap, ia disimpan dalam cell. Dah penuh cell ditutup.

Lebah pekerja yang baru lahir, kerja dia ambil madu yg sudah siap [masak] dan bagi queen makan. Macam2 lagi kerja dia, termasuk membersih sarang.

Musim hujan dan setara dengannya, bunga sangat kurang. Jadi madu bunga tak ada, debunga pun sama. Pengusaha pada masa ini kena bagi makan lebah.





BLOG INI AKAN SENTIASA DIKEMASKINI......


RUJUKAN TAMBAHAN

Ilmu Ternakan Lebah Indonesia 1


Popular posts from this blog

FINAL EXAM TIPS MANAGEMENT PRINCIPLES [BBPP 1103]

Keselamatan Perlindungan - Dokumen

OUM Tutor