MASA DEPAN ANGGOTA RAMD

masa depan? semua orang ada masa depan! muka depan surah Al Baqarah, kita wajib percaya pada yg ghaib. roh malaikat qadho dan qhadar semuanya yg ghaib belaka...yg kita percaya. Semua telah di tetapkan. TAPI Allah bagi kita akal dan fikiran dan hati dan nafs. Itu sebab dalam surah At Tin, Allah sebut kita manusia di jadikan 'semporna'. Kesimpulannya, "ikut suka kau lah wahai kawan-kawan... apa yang kau mahu jadi".

Saya dengar ada yang sampai bergolok bergadai hingga cerai berai kerana berjudi. Ada juga yg jadi taik dadah. Dan ada yg hidup bahagia. Hepi dgn motosikal kapcai ke sana ke mari. Kat rumah ada sebuah kereta kecik cukup selesa utk dua orang anak. Ada pluang solat di masjid atau surau.

Nah itu muqadimmah bahawa pilihan di tangan tuan-tuan yang budiman. Saya hanya mahu kongsi pengalaman menjadi veteran tentera semenjak Jun 2001. Hari ini Ogos 2024.

Anggota RAMD atau anggota infantri di latih utk berperang dlm bidang masing-masing. Dari Raifelman hingga mortar, rintis serang dan sniper. Yg lain habis beras jugak lah sikit-sikit dengan bola sepaknya, dgn stor rangsumnya atau kerja main-main mcm budak tambur. Budak tambur ni bila ada mes night dapatlah nasi goreng sorang sepinggan!

Di latih utk berperang dan tugas pun hanya mengadap hutan atau laut.

SOALANnya? Apa bekalan anggota infantri utk bersara nanti? Tuan2 tiada kemahiran seperti anggota cook, atau mekanik; setidaknya boleh jd tukang masak atau mekanik bila berhenti nanti.

Sebenarnya setiap anggota infantri sudah ada kemahiran sebelum sertai tentera. Hanya tuan saja yg tahu. NASIHAT saya, ambil lah cuti seminggu atau dua untuk kembangkan kemahiran tuan itu.

Setahu saya di kalangan anggota infantri ini... ada tukang masak utk kenduri, tukang kayu, mekanik, teknisyen, mahir dlm bidang pertanian, ternakan, menangkap ikan, penyanyi, pemain muzik, pengukir, pelukis, memburu dan mcm2 lagi. Tok bomoh ada ustaz pun ada. Kembangkanlah ilmu dan kemahiran Tuan2. Ia amat berguna semasa bersara nanti.

JANGAN TUNGGU KURSUS PERALIHAN BARU NAK KALOT

Orang Yang Gagal Merancang sedang Merancang Untuk Gagal. Masuk askar umur 20 tahun, bila servis tuan dah masuk 10 tahun umur dah 30 tahun. Masa ini satu haram pun tidak fikir tentang dunia persaraan. Ada yg belum kawin, belum beli rumah.

Tuan tahu tak, 10 tahun terakhir ini amat runcing bagi Tuan2. Tuan2 kena rancang dgn teliti. Apa yang paling penting di masa ini ialah sudah kawin dan sudah ada rumah. Tuan2 akan pencen umur sekitar 40 tahun. Kalau masa ini rumah baru beli, umur berapa akan selesai bayar hutang rumah. Kalau pencen dapat 3,000 sebulan, tolak rumah 1,200, tolak kereta 350, anak nak masuk sekolah menengah, umur 55 anak nak kawin..... dgn izin Allah Tuan masih sehat dan ada pendapatan untuk tanggung itu semua.

anggota LLP amat bertuah berbanding pegawai tauliah jangka pendek. LLP terus jadi anggota tetap dan boleh ambil pinjaman perumahan lebih awal. guna lah kemudahan ini untuk beli tanah dulu, potong gaji sikit jer pun jika umur masih muda. masuk servis ke 10 thn, buat lah rumah atas tanah tu. buat lah yg paling murah. kalau bini kerja, gabung pinjaman tu dan buatlah rmh satu tingkat. Jika tidak, bila dah tua nanti, laki bini akan dudukk di tingkat bawah ja pun. 

RANCANGAN PERSARAAN PALING MUDAH DAN RINGKAS. Kawin muda, beli rumah muda. Kereta proton dah cukup. Tak payah nak lagak sana sini dgn kereta dan motosikal. Jika kawin muda dan beli rumah masa muda, dalam 5 ke 10 selepas bersara, hutang semua langsai. Masa itu Tuan akan dapat pencen bersih!

Bila pencen bersih, baru lah Tuan ada modal utk buat reban ayam. Bukan byk, lebih kurang 1,500 ke 2,000 jer. Bagi yg tak dak duit.... 500 rgt pun dah mahal sangat dah. Bukan apa... sbb tak mampu.

setakat ini dulu nasihat dari bekas anggota infantri untuk anggota infantri.. tolong kongsi dgn kawan2 supaya baca pengalaman saya ini.

CITA-CITA ABADI VETERAN ASKAR MELAYU (ANGGOTA INFANTRI)

Harapan PERTAMA saya ialah, bila pencen hutang semua sudah langsai. Anak-anak semuanya jadi orang. Diri sendiri dan pasangan aku; sehat walafiat. Macam mana nak capai? Beli rumah atau tanah secepat yang mungkin semasa dlm perkhidmatan. Sama juga dgn kereta. 

Cara beli kereta; cari kereta terpakai. jaga elok-elok, kemudian jual dan beli lain. semakin lama semakin mahal. hasil jual kereta buat deposit. lama-lama tiada masalah, dan last sekali beli kereta baru. 6 bulan selesai hutang. Guna kereta baru ini sampai mati.

KEHIDUPAN VETERAN

Hadhir kenduri, atau buat kenduri. Sakit atau ziarah skot sakit. Ziarah skot meninggal dunia atau kita yg meninggal dunia. Setahun sekali re-union dgn kwn2 masa askar. Boleh buat... kalau kita dan isteri sehat wal-afiat.

Oleh itu, jagalah kesehatan dan simpan no telefon dan alamat skot atau kawan kita dlm pasukan.

bersambung

.


 


 

Popular posts from this blog

FINAL EXAM TIPS MANAGEMENT PRINCIPLES [BBPP 1103]

Keselamatan Perlindungan - Dokumen

OUM Tutor