DENDAM KESUMAT

hari ni 30 Ogos 2024, sementara ramai yg memilih utk ke bulatan di meru jaya nak sambut merdeka....baru tadi antara maghrib dan isya ada sorang penceramah jemputan di masjid asy syakirin di kg aku menyampaikan satu mesej yg tersentak pd jiwa yg terbuka utk tersentak.

marah kpd seseorang yg mendzalimin kita, kemudian pendam dan akhirnya dendam. dlm hati 'aku tak akan lupa apa yg dia pernah buat pd aku'... 'aku akan tuntut di akhirat kelak!' tuan2...Allah Maha Pemaaf. yg kita ni sebagai hamba Allah... apa hal pulak tak mau maafkan orang. kata ustaz... nanti di akhirat orang tu dah masuk syurga.... kita yg berdendam ni, terkebil kebil berbaris menunggu nak masuk syurga.

mulanya ceramah tadi ustaz sebut tentang satu hadith qudsi...Allah firmah kpd malaikat..pergi kpd hamba Ku dan timpakan bala' atas dia...Aku sangat cintai nak dengar suara dia...

Allah uji hamba Dia dgn mcm2 cara. setiap kali kita bernafas pun dikira sebagai satu ujian. Apakah kah tujuan atau apa pasal Allah uji kita? Jwb nya mudah...utk lulus! Resultnya di akhirat nanti! Masalahnya.. la ni kita tidak tahu, kita lulus atau gagal.

Allah dh gambarkan... orang dulu pun ramai yg tidak lulus dgn ujian Ku. Nah apa lagi kita yg berada di hujung umur dunia ini. Maka itulah sbb Allah nak dgr suara kita. Bala' itu maksudnya 'ujian'. bala' susah atau bala' senang. Cuma kita yg tidak sedar, kita sedang di uji (bala').

no 1 yg lalaikan kita ialah iblis/syaitan. yg membisik ke dlm hati kita jgn nak maaf kan dia. dia tu dh buat mcm2 kat kita...dpt pulak naik pkt dan naik gaji... 

masa tgh teruja atau seronok hingga lupa pd Allah. Masa tgh marah..iblis mula cucuk.. marah jd dendam dan pendam. Solusinya... kena maafkan sbb kerana pendam dan dendam la kita kena api neraka. lagi...masa dlm keliru iaitu fitnah dunia. nak pilih satu dari dua atau tiga. ibu kita dgn isteri kita bergaduh, kita pulak yg kena pilih ibu atau isteri. isteri ckp pd kita, abang pilih saya atau ibu abang. ibu kita pula ckp, kamu pilih ibu atau isteri kamu. apa kena mengena depa dok bergaduh, kita pulak yg jd mangsa? solusinya..baca 10 ayat pertama surah al Kahfi.

kita ni semuanya nampak baik, sbb Allah tutup aib kita. jadi...jgn lah dok bermegah dgn aib kita yg dulu dulu tu. mcm2 boleh jd sbb kita mulut puaka, asyik dok cerita aib diri sendiri. mcm2 akibat yg kita boleh dapat nanti.

ustaz cerita pasal grup whatsapp... mula2 okay, lama2 mula bergaduh. satu hari kita terjumpa geng yg kaki gaduh tu.... tp dlm hati sudah terdetik...dia ni kaki gaduh. walhal masa kita semuka tadi... dia nmpk okay ja.... nah itulah fitnah. kita jd keliru. dan jika ada pemilihan pemimpin atau AJK... adakah kita akan pilih dia?

doa... asingkan aku dari segala fitnah (doa'). sebagai cth kata ustaz utk dia elak keliru... dia keluar dari grup whatsapp tersebut

tujuan kita masuk majlis ceramah.. nk faham dan nak ilmu. bukan nak khatam. masalahnya ramai dari kita nak cepat. cepat punya pasal jd tersasar. jd terpesong. wa ai yik lana rashada.

sbb apa? bila susah..doa kewarasan berfikit. luahkan perasaan kpd Allah. Inilah yg Allah suka.

no 1 tadi yg lalaikan kita ialah syaitan atau iblis. no 2 ialah nikmat dunia. harta wang ilmu popular dpt jd johan dpt gelaran dato sri tan sri datin sri dpt jawatan kuasa..

KESIMPULAN

apa saja jenis bala atau ujian.. kaya miskin sehat sakit senang susah ada ilmu atau jahil...jgn lupa doa kpd Allah. ucap 

الحمدالله

لاحول ولاقوةالاباالله العظيم

 ماشاءالله 

byk kan puji kpd Allah

maaf catatan saya terlalu gitu gitu sbb catat dlm fon tadi tu

Popular posts from this blog

FINAL EXAM TIPS MANAGEMENT PRINCIPLES [BBPP 1103]

Keselamatan Perlindungan - Dokumen

OUM Tutor