menghadapi pekerja tidak berdisiplin


Ada isu lain dari pekerja yg tidak setia, atau lebih tepat kurang setia, iaitu bos yg tidak setia. Bos yg ambil kesempatan samada untuk jadi kaya atau untuk naik pangkat. Atau bos tidak terlatih untuk memimpin.

Apa saja keadaan di atas, mangsanya adalah orang bawah, dan alasannya...kesetiaan.


Apabila perlu VSS atau nak kurangkan pekerja, orang bawah dan yang baru diberi keutamaan. Orang atasan dan yang rapat dengan bos terus bekerja. Ini adalah salah satu sikap prejudis yang memberi kesan menyebabkan kesetiaan pekerja menurun. 



Kajian telah dibuat di Amerika tentang mereka yang tidak setia dan mereka yang berisiko keselamatan. Siapa yang lebih bahaya? Syarikat perlu kenalpasti pekerja yang berisiko mencuri, menjual maklumat, berkongsi maklumat, dan yang terima rasuah. Mereka ini lebih tidak setia dari mereka yang digelar sebagai kurang setia. Pekerja berisiko terdiri dari semua peringkat.

Di sebalik itu, apakah punca biasa pekerja menjadi kurang setia?



It’s All About Me, Myself, and I

Saya sudah suruh anak buah saya buat semua tu Dato. Tapi Dato tahu lah mereka ini, memang degil, pemalas....Macam2 saya telah rancang dan suruh..

Kalau di Jepun...orang pertama yg akan kena sembelih ialah bos. Kalau di Msia....terbalik

  • A lack of fairness at work
  • A lack of employer care or concern
  • A lack of trust in employees
  • No feelings of employee accomplishment
  • No day-to-day satisfaction
Ketidak-setiaan timbul dari perangai di atas, penting diri atau selfish. Berlanjutan itu ada 3 perkara yg jadi isu utama
  1. micro management atau suka perbesar isu kecil
  2. tidak ada perasaan - kalau ada kematian, kemalangan, masalah lain...dia tak ambil kisah
  3. ambil nama - kalau baik dan dapat pujian, semua dia kata hasil kerja dia. kalau yg tak betul...hah itu orang bawah punya taik
Mereka yang rasa tertindas, berhenti atau bertukar kerja bukan kerana tidak suka dengan kerjanya, tetapi majoriti, kerana tidak suka dengan bos. Pengurusan perlu berdepan dengan bos begini dan perbetulkan keadaan. Bos bos yang dilantik mempunyai kekuatan dan kelemahan. Guna sepenuhnya kekuatan mereka, dan perbaiki kelemahan. Jika kita asyik tukar bos, tumpuan utama kita akan kurang. 

Sementara itu, ayat"....bos dulu lagi OK walaupun aku tak suka dia". ....adalah budaya pekerja Msia yang tidak ada wawasan.

antara punca segalanya.... sila klik sini

https://kerwynhodge.wordpress.com/2013/08/04/causes-of-leadership-failure-disloyalty/

Popular posts from this blog

FINAL EXAM TIPS MANAGEMENT PRINCIPLES [BBPP 1103]

Keselamatan Perlindungan - Dokumen

OUM Tutor