wawasan syarikat

VISION MISSION OBJEKTIF! 

Satu haram kami tak tahu, 
Satu haram pun kami tak kisah. 
Kami pun tak faham apa dia tu.
Janji setiap bulan dapat gaji. 
Bos bos pun kejap macam ni kejap macam tu. 
Yang mana satu yang betul, kami pun tak tahu.
Tak ada wawasan pun kami kerja macam biasa jugak!

Anda pernah masuk ke kompleks pejabat Tan Sri Syed Mohktar Al Bukhary? Biar saya cerita sikit. [1] Bersih dan kemas [2] Papan tanda macam tidak ada langsung. Pejabat apa, pejabat siapa....semua tiada papan tanda [3] Bacaan Al Quran berkumandang sepanjang masa. [4] Semua kawasan terbuka, tidak ada bilek pejabat bos atau bukan bos.

Maknanya apa? Syarikat ini telah memperkenal SATU BUDAYA, satu environmen yang tersendiri. Ini adalah budaya yang nyata, yang boleh dilihat secara fizikal.
Mereka ada budaya kerja, budaya bersosial, budaya Islamik yang tersendiri.

Inilah yang perlu difahami dan ditanam serta diamalkan oleh semua pengurus terlebih dahulu.

Saya pernah bekerja dengan badan antarabangsa di luar negara. Kami berbilang kaum. Budaya di sini ialah 5 hari seminggu kerja 'macam nak mampos' sampai siap sampai malam. Hari Jumaat tepat jam 5 petang, kerja siap atau tak siap, majoriti keluar dan pergi "paddy".

Kalau hilang barang, kalau cuai hingga rosak; tak cakap banyak- terus potong gaji.

Hari Sabtu dan Ahad majoriti rehat dan tidor. Pagi sebelum masuk kerja, majoriti jogging di pantai atau di kawasan rumah masing-masing.

Waktu tengahari, hampir semua pergi makan sedap, tak kira berapa ringgit. Sebab apa? Sebab sini hanya ada satu kedai sedap, yang lain tu hanya warung mat hitam.

Kesimpulannya, Pada pendapat saya sendiri, tak perlu wawasan, misi atau objektif. Bos bos yang menetapkan budaya kerja yang cemerlang atau tidak. Jika ada terpapar di dinding tetapi tidak dilakukan seperti yang sepatutnya...akan beri kesan negatif.


Popular posts from this blog

FINAL EXAM TIPS MANAGEMENT PRINCIPLES [BBPP 1103]

Keselamatan Perlindungan - Dokumen

OUM Tutor