Usahawan Veteren

"Dah kalau hangpa semua dulu... memang kena paksa telan dracula [daraclor], toksahlah dok gebang kat aku pasai politik dan ekonomi negara".

"Dulu....hangpa semua time PT atau fetik... memang pantang sikit....tuang habis!"

"RSM pun sama lah.... depan pegawai bukan main lagi dia jerit.....lepas tu....dia lah bapak kaki tuang".

Nah sekarang! Macamamana? Cukup lah gebang gebang politik atau ekonomi. Tak sampai mana pun. 

Bagaimanapun masa depan veteren atau sesiapa saja tetap terang. Allah yang akan menentukan besuk kita akan mati atau tidak. Mana mana pun kita tetap terus kena berusaha. Kalau nak harap duit pencen dan gaji... maka kita tidaklah hebat sangat. 

Cuma kalau ada duit lebih atau terlebih masa, pergi lah bantu kawan2 yang memerlukan.

Senang cakap kalau tuan berada di kedudukan yang selesa. Tapi bukan semua veteren sama rezekinya.

Sayang.....ada yang lebih bernasib baik bila bercakap suaranya bukann main tinggi. Cuma nak ingatkan, setiap kita bertanggungjawab membantu ke atas mereka yang serba kurang. Bukan saya cakap...itu firman Allah swt.

Hari ini saya beri 4 biji cempedak kepada kawan saya secara percuma. Semasa saya singgah disurau solat dzohor, tidak semena mena, ada pulak orang yg beli cempedak saya 4 biji. Saya dapat 40 rgt hari ini.

Kalau kita sedekah 40 rgt Allah akan beri balik 40 rgt dan lebih lagi dari itu. Ada kawan kita cakap nanti bila Allah bagi lebih sikit, aku akan sedekah. Isunya di sini, kita ini adalah milik Allah, sehubungan itu semua harta benda kita tentulah milik Allah juga. Jadinya, kita kena sedekah setiap hari.

Cubalah bersedekah hari ini walaupun seringgit. Yg penting adalah keikhlasan bukan nilai yg kita sedekahkan.

Semalam saya bagi 3 biji cempedak kpd kawan saya. Rupa2nya dia juga ada kebun cempedak. Apa rezeki yg saya dapat? Dia tawarkan saya untuk jual semua hasil kebunnya, untung bagi dua. Baiknya hati kawan saya dan Allah betul betul Maha Pemurah.

Ringkasnya sahabat veteren sekelian, kita tidak seteruk orang lain. InsyaAllah kita telah dilatih supaya berdisiplin. Kita boleh buat apa saja yg kita hendak.

Saya juga mohon veteren yg telah berjaya, bantulah kawan kawan kita yang kurang berjaya. Mereka bukan hendak duit, tetapi ilmu dan pengalaman tuan tuan. Mereka hanya hendak survive, bukan hendak jadi kaya.

Semasa kita duduk antara dua sujud antaranya kita sebut 'berilah aku rezeki". Kita bukan hendak lebih. Rezeki cukup atau tidak semua bergantung kpd diri kita sendiri, namun sebenarnya ramai dari kita ada lebih dari yg diperlukan.

Almari baju penuh, baju melayu dua tiga pasang, kain sampin, kain pelikat, memeja, seluar...tuan sebutlah apa saja. kita bukannya sehelai sepinggang. tapi bila ada duit lebih kita ada 2 atau 3  atau banyak jam tangan. kita tidak perlu semua itu.
pelik bila peminta sedekah siap pakai jubah


Bulan oktober tahun lepas [2015] saya tolong orang. Ringkasnya saya biaya dia makan minum walaupun saya sendiri pun terkial kial. Bulan november kami diminta jaga kebun orang kaya, ada makan dan tempat tidor. Bulan 2 orang yg saya biaya itu mula dibayar upah. Semuanya kehendak dan rancangan Allah. Bila dia mula dapat 'gaji' maka kuranglah beban saya.

Kesimpulannya, apa yg ada sudah cukup. yg kaya kena bantu yg miskin. yg miskin kena usaha walau pun sedikit. buat kerja sendiri. tak perlu nak berpolitik. masuk persatuan, sokong mana yg patut. bila nampak lain macam, keluaq baris masa sendiri.

Popular posts from this blog

FINAL EXAM TIPS MANAGEMENT PRINCIPLES [BBPP 1103]

Keselamatan Perlindungan - Dokumen

OUM Tutor