petua berniaga

buang sifat malu. 99% orang yg mula berniaga ada perasaan malu. Bagaimana mereka atasi malu?


fikir untuk caru duit halal. fikir aku perlu duit. fikir aku kena mula dari kecil. fikir lantak lah apa orang cakap. sebenarnya...orang tak cakap apa-apa pun. sebenarnya, orang puji kita sebab berani.


fikir aku kena cari makan untuk anak isteri aku. kalau aku tak berniaga, aku hendak buat apa? kerja susah nak dapat.


fikir makcik dan pakcik tua pun berniaga..takkan aku tak boleh.

tidak ada modal. kalau hendak sebut pasal modal...satu juta pun tak cukup. Mengapa? Sebab depa nak berniaga besar. Kita yg hendak berniaga kecil, kadang-kadang perlu 100 rgt jer dulu. Now! Siapa suruh kamu berniaga besar? Kamu ada modal ke? Habis tu..kenapa tak mula perniagaan kecil.

Jangan hutang sebab nak cari modal. Anda akan menyesal. Menyesal tak sudah. 

Hendak Berniaga Apa? Soalan ini, saya sendiri pun tak tahu nak jawab. Sebab apa? Sebab apa yang ada di tempat anda dan saya berbeza. Tempat lain, jumlah orang lain, jumlah kereta lain, pecahan penduduk lain, sumber ekonomi lain. Semua pun lain.

Anda kena lah tenguk apa peluang yang ada di sana. Ini saya tak boleh jawab dan bagi jawapan. Yang penting anda kena perhati. Anda kena tenguk TV apa yang ada dalam TV atau dlm majalah atau mana saja dan yang tidak ada di kawasan anda tinggal. Kadang-kadang orang yang berniaga sesuatu bukan sebab dia bijak berfikir, tetapi dia nampak di hong kong, di medan, di siam atau dalam TV.
JUAL BUAH POTONG
Satu lagi cara mudah buat duit dengan cara buat blog macam saya. Setiap anda klik kat iklan dalam blog saya ini, saya akan dapat 5 sen. Tak banyak, tetapi kalau ramai orang baca blog ini, dapatlah macam seringgit atau dua ringgit satu hari.

Habis macam mana nak kaya. Saya bukan nak kaya, saya nak dapat duit setiap hari walaupun sikit. walaupun saya tengah tidoq. Lagi pun saya tengah buat apa yg saya suka. Saya suka buat blog. Mungkin anda suka repair motorsikal. Buatlah pondok atau khemah repair motorsikal bawah pokok sebab itu yang anda suka.

Saya suka tanam cili dan buat latihan. Sambil itu saya dapat duit tepi [side income] setiap kali anda klik pada iklan yang ada di sini. Jadi..tolonglah klik sebab tak perlu bayar apa-apa pun.
UPAH POTONG RUMPUT

JUAL NASI LEMAK ATAU KUIH

BERNIAGA AIR

BERNIAGA PASAR MALAM
GUNTING RAMBUT

Klik sini untuk maklumat lanjut: Modal Ciput Untung Besar Apa yang ada di atas ni mungkin tidak sesuai di tempat anda. Ada macam macam perniagaan yang anda boleh fikirkan yg tidak perlu modal besar. Gunting rambut, hantar surat atau bungkusan dll.

Terkini ialah dengan mendaftar sebagai pemandu UBER atau GRAB CAR. Tapi jangan gatal nak niaga amway, cosway atau apa saja yang sewaktu dengannya. Ramai dah orang kita separuh jalan saja.

CILI BARA ADA CILI BESAR PUN ADA

Baru baru ini saya mula tanam cili di Gombak atas tanah seluas 4 ekar. Ya betul 4 ekar. Saya bukan orang kaya. Tapi apa yang saya buat, saya tanya tuan-tuan tanah, ada tak tanah tanah terbiar ni yang saya boleh usahakan? Cuba engkau jumpa pakcik man tu, mungkin dia tahu.                                                                                                                                                               Sekarang saya baru tanam 500 pokok dan lagi 1000 pokok sudah di semai. InsyaAllah slow slow semua tanah ni akan penuh dengan cili, serai, kantan dan kolam ikan.                                                                                                                     Kerja Kerja macam ni, paling best hari-hari saya berpeluh. Rasa confident sikit tentang kesihatan. Bila banyak peluh, badan rasa lebih segar. Makan pun dah tak banyak sebab banyak minum air masak.
Adakah mereka pesaing kita?
Dah ramai orang jual buah potong! Ini pesaing namanya. Ini petua saya. Dalam apa saja perniagaan kita hanya ada satu saja pesaing kita. Iaitu diri kita sendiri. Jangan cuba nak berlawan dgn orang lain. Lawan dgn diri sendiri. Katakan [1] hari ini aku hendak warong aku amat bersih. meja, kerusi, lantai, dapur, pinggan, sudu, garfu, pakaian setiap pekerja semuanya bersih. [2] minggu depan aku nak pekerja aku semua mesra pelanggan [3] seterusnya aku nak makanan yang aku jual/masak semuanya sedap dan harga makanan dan minuman akau amat berbaloi. [3] dan lain-lain lagi.

Soalan saya. Nah! Adakah anda sedang bersaing dengan orang lain? Tidak kan. Kalau ada dapat capai yang di atas itu saja, insyaAllah orang tidak akan berhenti datang makan di warong anda.

Macam macam lagi yang anda boleh fikirkan. Saya telah bagi sedikit saja contohnya. Saya yakin anda lebih bijak dari saya!

Belajar Buang Masa. Tahukah anda bahawa usahawan tidak suka buang masa. Bukan sebab mereka tamak dan asyik dok fikir tentang duit, tetapi mereka tidak mahu yang sedia itu gagal, sebab mereka dah labur modal dan masa.

Petua Giler. Usahawan kena tamak. Murah hati bertempat. Bila ada peluang buat duit, usahawan akan buat sebanyak yang mungkin. Bila sudah dapat lebih, mereka akan bersedeqah.



...bersambung. ni mana pulak datang mamat ni




Popular posts from this blog

FINAL EXAM TIPS MANAGEMENT PRINCIPLES [BBPP 1103]

Keselamatan Perlindungan - Dokumen

OUM Tutor