Nota Penyelia Berkesan
PENYELIA BERKESAN
Seorang penyelia secara automatik adalah seorang pemimpin. Tanggungjawab sebagai pemimpin sangat besar. Pemimpin dinilai sepanjang masa. Hasil penilaian ke atas kepimpinan anda ini ialah [1] patuh segala arahan, [2] engkar [3] melawan.
Masalah dengan generasi sekarang ialah ‘manja’. Mereka sukar untuk terima teguran. Lebih teruk jika dimarah atau diherdik. Mereka fikir majikan mesti penuhi semua tuntutan mereka. Jika tidak mereka akan ‘memberontak’ dan ‘merajuk’. Dulu anda membersih dan mengemas pejabat sendiri, sekarang sudah ada ‘cleaner’. Kesimpulannya, sifat manja ini kitalah penyebabnya, bukan mereka. Ibu bapa mungkin boleh fikir dengan jelas isu ini.
Isu pekerja bermasalah mungkin tidak timbul jika hasilnya no 1. Walaupun hasilnya negative [ no 2 atau 3] kerana sudah jadi tabii semula jadi seseorang itu memang degil dan suka melawan, seorang pemimpin yang ‘baik’ akan berupaya mengatasinya.
Seorang pemimpin mempunyai ‘kuasa’. Kuasa membuat keputusan dan kuasa ‘menghukum’. Jika seorang pemimpin tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan perbelanjaan walaupun mengikut kadar yang kecil, maka beliau jadi tidak efektif. Begitu juga dengan kuasa menghukum. Menghukum ini bukan begitu mudah, tetapi jika seorang pemimpin langsung tidak mempunyai suara untuk menyokong sesuatu langkah tatatertib atau pentadbiran, maka beliau tidak akan dihormati. Arahan beliau semua mungkin tidak akan dipatuhi. Ini isu besar di beberapa organisasi.
Jika anda tergolong dalam keadaan ini, sila lihat dulu di mana silapnya. Adakah ini polisi organisasi. JIka ya, maklumkan perkara ini sebaik mungkin kepada pihak pengurusan.
Jika ia berpunca dari masalah sikap dan perangai anda sendiri, maka ini adalah panduan bagaimana kita boleh membaiki keadaan itu.
Kemahiran Asas Seorang Penyelia
• Kemahiran teknikal
• Kemahiran inter-personal
• Kemahiran konseptual
Seorang penyelia mesti ada kemahiran teknikal yang tinggi atau terbaik berbanding semua orang bawahannya. Jika tidak beliau akan mudah ditipu dan dipermain oleh pekerja bawahan. Jika dalam bidang logistic atau stor, beliau mesti digelar ‘pakar’ dalam selok belok logistic atau stor. Dari aspek nama barang, cara rekod barang, harga, pembekal, workshop, cara pekerja menipu, menyeleweng, dan macam-macam lagi.
Kemahiran inter-personal ringkasnya ialah cara berkomunikasi, memimpin, menyelia, mengawal, merancang kerja, membuat keputusan dan sebagainya.
Akhir sekali ialah kemahiran konseptual atau kemahiran melihat sesuatu masalah atau isu dengan lebih luas, dan lebih waras. Maknanya beliau tahu kaitan sesuatu isu dengan isu yang lain. Tidak melatah dan tidak menghasut. Jika tidak tahu, beliau akan berusaha untuk tahu. Beliau tidak buat andaian.
Perangai dan sikap negative penyelia
Banyak buku menceritakan aspek positif, nota ini cuba tonjolkan perkara negative yang mesti dikikis, atau dielakkan.
Pilih kasih Menyebabkan timbulnya kelompok A dan B di tempat kerja.
Lepas tangan Akan timbul masalah kerjasama sesama pekerja. Hasil kerja kurang sempurna atau tidak siap mengikut tempuh.
Kurang komitmen Pekerja juga akan mula lepas tangan.
Menyalahkan orang bawah Ketua begini akan salahkan orang bawah bagi setiap masalah yang berlaku. Pekerja akan ‘simpan’ semua idea yang kreatif dan hanya ikut arahan anda sahaja.
Marah bukan pada orangnya Individu yang betul-betul bertanggungjawab akan besar kepala. Kebencian terhadap anda akan memuncak.
Moody Pekerja akan mengelak berjumpa anda. Pihak tertentu akan sampaikan ‘berita bagus’ sahaja atau penglipor-lara dan anda akan mula mimpi indah di siang hari.
Mengumpat Anda akan tidak dihormati termasuk mereka yang rapat dengan anda.
Bodek Kebanyakan pekerja akan mula membenci anda kecuali anda ‘bodek’ demi kebaikan jabatan/kumpulan. Ramai orang bodek hanya untuk diri sendiri dan di dalam proses ini, ia menyusahkan orang lain atau anak buahnya sendiri.
Ponteng Sama dengan kurang komitmen. Penolong anda TERPAKSA ambil aleh tugas anda dan kredibiliti anda sebagai penyelia akan terhakis.
Tidak cekap Tidak dihormati.
Marah depan orang ramai MC dan ‘hilang’ akan meningkat. Puncaknya, mereka akan lawan anda depan orang ramai juga.
Masalah peribadi Judi, kaki perempuan, hutang, keluarga, rasuah dan lain-lain.
Suka sebut ‘saya’ Jika dapat kejayaan anda akan cakap ini idea anda, jika gagal, akan salahkan orang bawah.
Ada banyak lagi sifat negative yang kita boleh fikirkan. Nauzubillah, semuga kita tidak tergolong dalam kumpulan ini.
Komunikasi Paling Berkesan
Anda akan rasa lemah kerana anda tidak pandai berkomunikasi dengan orang atasan. Dengan orang bawah anda tidak pandai cakap dengan cara beralas kecuali berterus terang. Orang tidak suka cara ini.
Ramai tidak sedar bahawa contoh tauladan yang kita tunjukan setiap hari adalah ‘komunikasi’ paling berkesan kepada semua orang. Cara kita berpakaian, datang awal, kerja dengan tekun, mudah bawa berbincang, mudah dihubungi, kemas, bersih, tegas, tidak rasuah dan sebagainya mencerminkan siapa kita sebenarnya.
Penyelia begini cakap sekali semua akan dengar.
Fungsi Penyelia
Fungsi utama ialah merancang, menyusun-atur [organise], memimpin dan mengawal selia semua yang dirancang dan dilaksanakan tercapai mengikut jadual dan keperluan.
Setiap penyelia mesti melalui proses ini dengan penuh komitmen untuk beliau menjadi se orang yang berkesan dan dihormati. Bagaimanapun setiap fungsi ini hendaklah dipelajari secara teori kerana jika menggunakan pengalaman sahaja ia mungkin sesuai untuk sesuatu keadaan sahaja.
Setiap penyelia perlu rajin membaca untuk menambah ilmu pengetahuan pengurusan sumber manusia, kepimpinan, proses membuat keputusan, motivasi, gelagat kumpulan dan sebagainya.
PENUTUP
Menjadi penyelia berkesan bukan mudah. Anda perlu sentiasa sensitif, terus belajar dan tabah menghadapi segala rintangan.
KURSUS PENYELIA BERKESAN
Kursus ini dicadangkan untuk Penyelia atau bakal Penyelia untuk selama 3 hari dan dibuat secara in-house.
Kelebihan kursus ini ialah setiap peserta kursus akan diberi nota lengkap selain dari 'slide powerpoint' yang diguna di dalam kelas.