Posts

ILMU

Ilmu yang dimaksudkan dalam konteks persediaan persaraan bukan sekadar sijil akademik atau pangkat yang pernah disandang. Ia ialah ilmu yang boleh mengubah taraf hidup , yang menjadikan seseorang anggota infantri lebih bernilai di mata majikan dan masyarakat selepas menanggalkan uniform. Dalam dunia hari ini, kemahiran komputer bukan lagi opsyen, tetapi keperluan asas—sama seperti membaca peta, melapor kedudukan, atau menghafal SOP ketika bertugas. Komputer ialah “senjata baharu” dalam kehidupan awam. Begitu juga dengan Bahasa Inggeris. Walaupun kita sayang bahasa sendiri, realitinya banyak arahan, manual, dokumen operasi dan komunikasi profesional masih menggunakan istilah Inggeris. Sebahagian besar istilah ketenteraan juga berasal daripada tradisi British. Justeru, menguasai asas dwibahasa membolehkan anggota tentera bergerak lebih yakin dalam dunia pekerjaan awam, berkomunikasi dengan supervisor, pelanggan, kontraktor dan pegawai kanan, serta mengelakkan salah faham yang boleh menj...

AKHLAK MUSLIMIN

Anggota infantri sejak hari pertama perkhidmatan telah dibentuk dengan nilai dan budaya yang berteraskan akhlak Islamik — disiplin, amanah, maruah, dan yang paling utama ialah taat setia (walā’) . Mutakhir ini, istilah wala’ sering menjadi bahan sindiran melalui gelaran-gelaran seperti “walanon” atau “walaun”. Saya tidak berminat untuk mengulas istilah baharu itu, namun akar katanya tetap membawa makna yang tinggi dalam tradisi kepahlawanan — iaitu kesetiaan kepada kebenaran, pasukan, dan tanggungjawab. Dalam konteks profesionalisme ketenteraan moden, satu aspek yang sering terpinggir ialah kemahiran insaniah (soft skills) . Ramai menganggap komunikasi hanya sekadar bercakap atau mengarah. Sebenarnya, tidak bercakap pun adalah satu bentuk komunikasi . Penampilan diri, cara berjalan, cara memberi salam, ketepatan masa, kebersihan uniform, bahkan kawalan emosi dan gaya kita mendengar — semuanya itu adalah mesej yang dihantar kepada masyarakat. Komunikasi bukan hanya suara; ia adalah pe...

Bicara IMAN

Iman Melalui Spiritual Conditioning – Kekuatan Halus dalam Pembentukan Anggota Infantri Dalam pembangunan modal insan tentera, tumpuan selalunya diberi kepada kekuatan fizikal, operational readiness , dan disiplin harian. Namun terdapat satu komponen yang lebih halus tetapi sangat berpengaruh dalam membentuk perwatakan anggota infantri, iaitu iman yang terbina melalui budaya dan pembiasaan , atau dalam istilah akademik boleh disebut sebagai spiritual conditioning . Konsep ini sejajar dengan teori akhlak Islam klasik yang memperkenalkan istilah malakah — iaitu satu sifat baik yang terbentuk secara beransur-ansur melalui latihan yang berulang ( habitual practice ) sehingga menjadi internalised character . Dalam konteks psikologi moden, ia hampir kepada proses behavioural conditioning atau habit formation , namun dengan dimensi rohani yang lebih mendalam. Dengan kata lain, ia bukan sahaja “muscle memory”, tetapi “heart memory” — ingatan spiritual yang terbentuk tanpa paksaan keras. Pe...

Anggota RAMD three in one [1]

Dalam sachet tu ada kopi, gula, susu. Tiga Dalam Satu.  Dalam jiwa anggota RAMD tu ada iman, ada ilmu + kemahiran, dan ada akhlak (pendidekan) 3 IN 1 DALAM PEMBANGUNAN ANGGOTA: IMAN, ILMU & AKHLAK Hari ini, pasukan infantri berdepan cabaran  human capital  yang semakin kompleks — bukan lagi hanya berkisar kepada latihan, disiplin atau kesiapsiagaan, tetapi menyentuh dimensi pembangunan insan yang menentukan ketahanan anggota ketika berkhidmat dan keutuhan mereka apabila menjadi veteran kelak. Dalam konteks inilah, pendekatan “ 3 dalam 1 ” —  iman, ilmu dan akhlak  — wajar diberi perhatian sebagai asas pembentukan anggota masa kini.  ...sentiasa mengingatiNya, patuh segala perintahNya, dan jauhi segala laranganNya Iman  adalah benteng dalaman paling kukuh dan berkesan. Melalui pendekatan yang sesuai dengan membaiki keadaan masa kini, mungkin akan beri kesan yang di hajati. Tanpa di sedari, bagi setiap pergerakan atau aktiviti ketenteraan, ia dimulai...

NORMALISASI DALAM DAKWAH

Dakwah Melalui Sistem, Bukan Ceramah Semata-Mata Sejak sekian lama saya percaya bahawa dakwah ialah ceramah, tazkirah, dan program-program agama yang penuh nasihat. Namun semakin saya berumur, semakin saya sedar bahawa kelemahan saya sendiri dalam kemahiran insaniah — seperti mengurus kerja, menghormati masa, melayan orang dengan lembut, dan memimpin dengan beradab — sebenarnya jauh lebih penting daripada apa yang keluar dari mulut saya. Saya semakin faham bahawa dakwah bukan soal berkata-kata, tetapi soal menjadi manusia yang boleh dipercayai. Dakwah bukan apa yang saya sampaikan di hadapan orang, tetapi apa yang saya lakukan ketika tiada orang melihat. Dan mungkin itulah kelemahan kita, sebagai individu dan sebagai gerakan: kita terlalu yakin ceramah mampu menyentuh hati, sedangkan tingkah laku kita kadang-kadang menjauhkan orang daripada apa yang kita seru. Saya melihat fenomena menarik di negara Barat. Mereka tidak mengharamkan arak, judi atau dadah secara langsung, tetapi masyarak...

MASA DEPAN ANGGOTA RAMD 1

masa depan? semua orang ada masa depan! muka depan surah Al Baqarah, kita wajib percaya pada yg ghaib. roh malaikat qadho dan qhadar semuanya yg ghaib belaka...yg kita percaya. Semua telah di tetapkan. TAPI Allah bagi kita akal dan fikiran dan hati dan nafs. Itu sebab dalam surah At Tin, Allah sebut kita manusia di jadikan 'semporna'. Kesimpulannya, "ikut suka kau lah wahai kawan-kawan... apa yang kau mahu jadi". Saya dengar ada yang sampai bergolok bergadai hingga cerai berai kerana berjudi . Ada juga yg jadi taik dadah . Dan ada yg hidup bahagia. Hepi dgn motosikal kapcai ke sana ke mari. Kat rumah ada sebuah kereta kecik cukup selesa utk dua orang anak. Ada pluang solat di masjid atau surau. Nah itu muqadimmah bahawa pilihan di tangan tuan-tuan yang budiman. Saya hanya mahu kongsi pengalaman menjadi veteran tentera semenjak Jun 2001. Hari ini Ogos 2024. Anggota RAMD atau anggota infantri di latih utk berperang dlm bidang masing-masing. Dari Raifelman hingga mortar,...

kursus ternak lebah

Image
Alhamdulillah, akhirnya dijemput untuk hadir kursus di  Pt Botak  Pontian. saya memang dah 50 series, tapi tidak pernah rasa teruja begini untuk ilmu ternak lebah. Dah dekat setahun mencari dan memohon merata tempat nak belajar ternak lebah.  Kalau dimakbulkan Allah, insyaAllah dalam masa terdekat saya akan jadi usahawan madu lebah original di Lembah Kelang. Mai tenguk sendiri, ambil sendiri. Tahukah tuan, 75% madu dlm pasaran adalah tiruan! "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibikin manusia." [QS. An-Nahl : 68 Ternak lebah perlukan perhatian yg lebih dari ternak kelulut. Madunya lebih kurang sama. Tapi hasilnya berganda dari kelulut. AMARAN! Blog ini panjang dan membosankan bagi yang tidak minat tentang ternakan lebah. Apa apa pun, bacalah sikit-sikit macam kita baca Al Quran. Lebah beberapa kali disebut oleh Allah seperti yg tercatit dalam kitab quran....