Tugas Utama Seorang Ketua

Selepas Dr M bersara, tidak lama selepas itu, kebanyakan menjadi kucar kacir. Mengapa sampai jadi begitu?

Pertama sebab ini semua bukan dia yang punya, semua itu sementara saja walaaupun hanya 20 tahun. Selepas itu, pengganti bebas untuk buat apa yang mereka suka. Sedih betul membaca hari ini rungutan oleh bekas rakan seperjuangan beliau masih berbunyi. Lama betul mereka memendam rasa.

Tetapi rata-rata, ramai yang masih suka Dr M sebab baiknya amat banyak berbanding tidak baik. 


Kedua. Ketua yang betul-betul ditaksub, mesti bersih luar dan dalam. Luar maknanya pandangan umum yang tidak tahu apa sebenarnya berlaku di 'dalam'. Mesti sama sama bersih.
'Hadiah' Allah kepada kita

Ketiga. Ketua mesti menyediakan budaya melatih second line dan third line. Latih latih latih supaya mereka betul-betul serasi dengan budaya, dengan wawasan dan segala macam. Pemilihan second dan third line mesti teliti termasuk latar belakang keluarga, isteri, anak, harta, kes disiplin, kes jenayah, perniagaan dan aktiviti. Ini bukan benda mudah, tetapi perlu dilakukan. Tidak boleh silap. Tidak boleh ada yes man. Tidak boleh ada pelakun grammy awards. dan perlu adil dan ber-objektif.

Semoga kawan kita ini juga 'bersih' - doa setiap rakyat marhain

Ketua di setiap peringkat dan di setiap organisasi termasuk di rumah mesti dilatih kerana mereka akan ambil alih. Kita tidak ada pilihan. 
Mereka ada pilihan hendak jadi apa-apa pun.....anak anak muda

Akhir sekali, jangan main politik. Politik ofis. Jangan makan bodek dan jangan bodek. Sekali tuan main, tuan akan main selalu. Kesannya, semua rancangan di atas akan berkecai sebab bila kaki bodek ganti kita....keluarga, jabatan, syarikat, kjaan dan negara akan hancur...akan jadi Greece.

Ketua JABATAN tidak kira peringkat mana harus melatih barisan kedua, harus menyediakan budaya yang patuh syarie [perintah Allah dan sunnah Rasul] supaya diberkati Allah. Samada seseorang mendapat hidayah atau tidak, itu semua kuasa Allah.

Saya selalu dipelawa beli rumah dan beli tanah...jawapan saya ringkas..."saya sudah ada rumah...hidup pun sudah tak lama lagi dah". Tenguk saja di kampung dan di kawasan perumahan, pasti ada rumah kosong. Maknanya, tuan rumah itu sudah meninggal!

Kesimpulannya, lakukanlah yg terbaik sementara diberi 'kedeghat'. Semuanya sementara. Semua tindakan kita hari ini ialah 'latihan' bagi pengganti kita.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
                                                                                 Ali Imran 26-27 

Wallahualam. Kita masih boleh berusaha dan seterusnya berdoa kpd Allah swt.

Popular posts from this blog

FINAL EXAM TIPS MANAGEMENT PRINCIPLES [BBPP 1103]

Keselamatan Perlindungan - Dokumen

OUM Tutor