Posts

Showing posts from August, 2024

NORMALISASI DALAM DAKWAH

Dakwah Melalui Sistem, Bukan Ceramah Semata-Mata Sejak sekian lama saya percaya bahawa dakwah ialah ceramah, tazkirah, dan program-program agama yang penuh nasihat. Namun semakin saya berumur, semakin saya sedar bahawa kelemahan saya sendiri dalam kemahiran insaniah — seperti mengurus kerja, menghormati masa, melayan orang dengan lembut, dan memimpin dengan beradab — sebenarnya jauh lebih penting daripada apa yang keluar dari mulut saya. Saya semakin faham bahawa dakwah bukan soal berkata-kata, tetapi soal menjadi manusia yang boleh dipercayai. Dakwah bukan apa yang saya sampaikan di hadapan orang, tetapi apa yang saya lakukan ketika tiada orang melihat. Dan mungkin itulah kelemahan kita, sebagai individu dan sebagai gerakan: kita terlalu yakin ceramah mampu menyentuh hati, sedangkan tingkah laku kita kadang-kadang menjauhkan orang daripada apa yang kita seru. Saya melihat fenomena menarik di negara Barat. Mereka tidak mengharamkan arak, judi atau dadah secara langsung, tetapi masyarak...

MASA DEPAN ANGGOTA RAMD 1

masa depan? semua orang ada masa depan! muka depan surah Al Baqarah, kita wajib percaya pada yg ghaib. roh malaikat qadho dan qhadar semuanya yg ghaib belaka...yg kita percaya. Semua telah di tetapkan. TAPI Allah bagi kita akal dan fikiran dan hati dan nafs. Itu sebab dalam surah At Tin, Allah sebut kita manusia di jadikan 'semporna'. Kesimpulannya, "ikut suka kau lah wahai kawan-kawan... apa yang kau mahu jadi". Saya dengar ada yang sampai bergolok bergadai hingga cerai berai kerana berjudi . Ada juga yg jadi taik dadah . Dan ada yg hidup bahagia. Hepi dgn motosikal kapcai ke sana ke mari. Kat rumah ada sebuah kereta kecik cukup selesa utk dua orang anak. Ada pluang solat di masjid atau surau. Nah itu muqadimmah bahawa pilihan di tangan tuan-tuan yang budiman. Saya hanya mahu kongsi pengalaman menjadi veteran tentera semenjak Jun 2001. Hari ini Ogos 2024. Anggota RAMD atau anggota infantri di latih utk berperang dlm bidang masing-masing. Dari Raifelman hingga mortar,...